Thursday, 8 August 2013

Mengatasi Kencing Manis (Diabetes) - SHAKLEE



Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ia juga dikenali sebagai kencing manis.

Tanda-tanda dan gejala amaran
• Kerap membuang air kecil
• Terasa amat dahaga
• Kabur penglihatan
• Nafas berbau manis
• Penurunan berat badan
• Keletihan
• Luka yang lambat sembuh

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
  • Buta 
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sakit jantung
  • Lumpuh
  • Darah tinggi
  • Menjejaskan Keupayaan Seksual 
  • Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
  • Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki.
  • Tidak sedarkan diri.
  • Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Penjagaan Sendiri 
• Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
• Jangan mengambil snek di antara waktu makan
• Jangan melangkau waktu makan anda
• Berhenti merokok
• Berhenti mengambil alkohol
• Berjumpalah doktor anda selalu
• Bawa bersama-sama anda kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda.
• Bersenamlah secara tekal, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin).
• Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala
• Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki.

Pengawalan Gula Darah  untuk Pesakit Diabetes

Pesakit Diabetes perlu mengambil makanan yang rendah lemak, tinggi serat (Fiber) dan banyak sayur-sayuran. Paling bagus pesakit diabetes mengambil makanan yang rendah karbohidrat supaya gula darah tidak akan naik dengan segera.

Makanan yang tidak patut dimakan :

  • nasi putih (digantikan beras perang)
  • tembikai
  • Donut
  • roti putih
  • Corn Flakes
  • mangga 




Shaklee Blood Sugar Control Set merupakan supplemen yang dapat menolong pesakit diabetes mengawal gula darah pada setiap masa.

Penyakit Diabetes lebih cenderung dalam kekurangan vitamin B-1 atau thiamine. Menurut Diabetes Kesihatan, buah pinggang penyakit diabetes mengeluarkan thiamine bukan menyimpan dalam badan. Vitamin B perlu sentiasa diambil.

Kajian menunjukkan bahawa zink, elemen yang penting untuk mendorong pengeluaran enzim. Zink juga adalah satu keperluan untuk terlibat dengan metabolisme gula darah kerana zink merupakan pemangkin semulajadi untuk pengeluaran insulin.

Vivix merupakan salah satu produk Resveratrol. Resveratrol telah mendapat banyak perhatian dari pakar atas manfaat antipenuaan dan memerangi penyakit. Resveratrol mempunyai antioksida yang tinggi, melindungi badan daripada radikal bebas. Resveratrol juga dipercayai akan memberi manfaat kepada Penyakit Diabetes dalam laporon perubatan


Gamma linolenic acid (GLA) adalah asid omega-6 lemak yang ditemui dalam ekstrak minyak tumbuh-tumbuhan dan it dapat mengawal gula.

Tuesday, 6 August 2013

SHAKLEE Immune Booster Set



Nutriferon
NutriferonTM  dibuat daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Nutriferon dapat meningkatkan tahap Interferon dalam badan manusia.


Apa itu Interferon
Interferon memainkan peranan penting dalam pertahanan terhadap infeksi virus. Interferon juga dijadikan sebagai barisan hadapan dalam sistem pertahanan badan. Mereka adalah sebahagian daripada sistem imun tidak spesifik (boleh bertindak dengen lebih pantas dibanding dengan sistem imun) dan diaktifkan pada peringkat awal jangkitan virus. Tetapi, bagi sistem imun tertentu memerlukan masa untuk bertindak balas atas pembebasan enzim pertahanan.


Zinc Complex
Zink merupakan mineral penting yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kita. Ia diperlukan untuk mengaktifkan sistem pertahanan badan (imunisasi). Ia juga memainkan peranan dalam pembahagian sel, pertumbuhan sel, penyembuhan luka, dan pecahan molekul karbohidrat.

Maklumat terkini dari kajian pakar makanan tambahan zink menunjukkan bahawa:


  • mengambil zink sekurang-kurangnya 5 bulan dalam pemakanan harian, zink boleh mengurangkan risiko seperti selesema, demam.
  • Mengambil zink supplemen dalam tempoh 24 jam selepas demam, demam akan sembuh dengan lebih cepat.

Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air yang diperlukan untuk proses tumbesaran. Vitamin C juga diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaiki tisu di semua bahagian badan anda.

 Ia digunakan untuk:
  1. Membentuk protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, tendon, ligamen, dan saluran darah
  2. Menyembuhkan luka dan bentuk tisu parut
  3. Membaiki dan mengekalkan kekuatan tulang, dan gigi


Vitamin C adalah salah satu daripada banyak antioksidan. Antioksidan adalah nutrien yang menghalang  kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Anda akan diserang oleh radikal bebas apabila anda terdedah kepada asap rokok atau radiasi. Pembentukan radikal bebas dari masa ke masa adalah bertanggungjawab untuk proses penuaan.
Radikal bebas boleh memainkan peranan dalam kanser, penyakit jantung, dan keadaan seperti artritis.

Badan kita tidak mampu untuk membuat vitamin C sendiri dan tidak boleh menyimpan vitamin C. Oleh itu, vitamin C amat diperlukan dalam diet harian anda.


Pada hari ini, pil antibiotik, penicillin (penadol) dan pil ubat lain bukan lagi pilihan utama kita. Kalau bergantung pil tersebut dalam tempoh yang panjang akan merosakkan buah pinggang kita.

Mulai Sekarang, gunalah supplemen yang semula jadi untuk meningkat sistem imun anda dan mencegah penyakit.

Friday, 2 August 2013

Tips pemakanan bagi Ibu menyusu : (SET MENYUSU SHAKLEE)

   




 1.)Mengurangkan minuman berkafein seperti kopi atau teh.

Sebenarnya, Ibu-ibu menyusu boleh minum kafein secara sederhana. Tetapi sesetengah bayi yang di bawah 6 bulan, mungkin lebih sensitif kepada pengambilan kafein ibu. Pengambilan minuman berkafein akan menyebabkan ibu susu mengandungi kafein. Jika bayi minum ibu susu yang berkafein, mereka tidak dapat tidur dengan lena ataupun lebih aktif.

     2.)Minum lebih banyak air
 Pastikan anda minum dengan kerap kerana penghasilan susu ibu memerlukan air yang banyak. Jika air kencing anda muncul kuning gelap,anda mesti minum air lebih banyak.

    3.)Mengelakkan kotak jus buah atau minuman manis
Pengambilan gula terlebih selepas bersalin akan menyumbang kepada pertambahan berat badan. Oleh itu, banyak orang mengalami pertambahan berat badan selepas bersalin.

   4.)Mendapat vitamin yang mencukupi dalam pemakanan atau supplemen
Biasanya, vitamin air larut  (contohnya, Vitamin B, vitamin C) yang diambil oleh ibu untuk  meningkatkan kuantiti susu ibu. Shaklee Vitamin B complex menjadikan supplemen yang paling bagus untuk ibu kerana kandungannya sangat lengkap.

  5.)Pilih makanan berdasarkan perisanya
Sesetengah pakar percaya bahawa bayi yang menikmati pelbagai perisa dalam susu ibu mereka. Bayi yang menikmati pelbagai perisa dalam susu ibu dapat membantu dia mudah menerima pelbagai makanan apabila dia mula ambil makanan pejal.

Sebenarnya, perisa susu ibu akan bertukar mengikut makanan yang diambil. Makanan seperti cili, bawang putih, coklat, rempah dan lada. Perisa tersebut mungkin menyebabkan bayi anda berasa tidak selesa selepas  termakan makanan tersebut. Jika anda berasa bayi tidak selesa dengan perisa itu, paling bagus mengelakkan makanan tersebut.


EXTRA INFO

Testimoni dari Customer
>Alhamdulillah. . Inilah hasilnya selepas 5 hari menggunakan produk shaklee. . From : Customer- Aisya Ellisyia




Wednesday, 31 July 2013

SHAKLEE ESP Soy Protein

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

SHAKLEE Herb Lax- melegakan sembelit



'
Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba :


  • Senna leaf powder
  •  Licorice root powder
  • Alfalfa lead powder
  • Fennel seed powder
  • Arise seed powder
  • Blue malva flower powder
  • Culver's root powder
Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM boleh membantu anda dengan berkesan. Kebanyakkan pil -pil sembelit juga boleh menangani kesulitan membuang air besar, tetapi pil julap yang kuat akan memyebabkan kita berasa letih and dehidrasi. Kebanyakan orang tidak dapat meneruskan kerja mereka atau kegiatan harian selepas ambil pil julap.



Tetapi, Herb-LaxTM Shaklee tidak akan menyebabkan kesan sampingan tersebut.


Individu yang perlu makan Herb-LaxTM:

Tidak kerap makan sayur atau buah-buahan
masalah kulit
kurang minum air
kurang bersenam atau bergerak ( kekurangan pergerakan usus besar akan menyebabkan sembelit)

Tuesday, 30 July 2013

Tips pemakanan dan senaman untuk langsing badan dengan berkesan (SHAKLEE)

Set Pelangsing Badan Shaklee

























Banyak orang kata bahawa mereka kerap bersenaman seperti bermain futsal berjam-jam dan mengurangkan makanan berlemak. Tetapi, berat badan masih tidak dapat dikurangkan. Sebenarnya, ada sebab lain yang menjadikan punca kepada gemuk.

"GULA" 
Punca menyebabkan kegemukan ialah gula kerana tubuh badan boleh menukar gula kepada lemak badan. Dalam pemakanan kita, kita tidak sedar bahawa pelbagai makanan kita terdapat gula yang berlebihan. Kita selalu termakan gula yang jauh berlebihan dari keperluan harian. Makanan yang terdapat gula yang berlebihan seperti minuman ringan- Cola, F&N, sirap, Milo tambah susu pekat manis, kuih-muih dan lain-lain lagi. 

Satu kajian menunjukkan tubuh badan akan membakar gula terlebih dahulu daripada lemak. Oleh itu, selepas bersenaman ambil minuman tin tidak digalakkan kerana minuman tersebut terdapat gula yang banyak. Dengan kata lain, walaupun kuat bersenam, tubuh masih tidak membakar lemak tetapi membakar gula terlebih dahulu.

Mengamalkan amalan pemakanan yang rendah lemak dan lebih sayur-sayuran. Pengambilan Fiber dapat mengurangkan rasa lapar. Kalau nak makan salad, menggantikan mayonis dengan minyak zaitun kerana mayonis terdapat lemak yang banyak.

Senaman Kardiovaskular perlu meningkat kadar denyutan jantung supaya metabolism badan meningkat untuk membakar lemak badan. Oleh itu, bersenaman sekurang-kurangnya 1 jam untuk membakar lemak badan dengan lebih berkesan.

SHAKLEE menawarkan set langsing badan dengan produk :
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Lecithin
  • Herb-Lax

Cara Makan:
  • Pagi - Ambil sarapan dengan minum Cinch Shake 1-2 Sudu, lecithin x 2 capsules, dengan ini dapat tahan lapar dan membekalkan khasiat yang sempurna. 
  • Petang - Makan seperti biasa, kurangkan makanan berkalori tinggi seperti nasi lemak, ayam goreng, minuman manis. Bancur satu sachet Cinch Tea Mix dengan air biasa/air suam untuk menggantikan minuman manis, lecithin x 2
  • Malam - Mengelakkan makanan yang berminyak, pilih sayur-sayuran dan buah-buahan ATAU minumCinch Shake sekali lagi, lecithin x 2
  • Sebelum Tidur - 3 Tablets Herb-Lax, lepas satu minggu, boleh selang satu hari.


Cinch Shake Mix
Cinch™ Shakes Mix sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

Leucine dapat membantu pelihara otat dan membakar lemak. 
Masalah dengan diet konvensional (teknik kurang makan atau tiada makan)  akan menyebabkan kehilangan otot bersama-sama dengan lemak, melambatkan metabolisme anda dan mudah kembali berat badan asal.


Sekarang, Cinch Shake Mix dapat menolong anda mengekalkan berat badan yang memuaskan


Cinch Energy Tea Mix

Cinch Energy Tea mix dibuat daripada Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. 

•    Cinch Energy Tea mix merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.



Chewable Vita-C

Bagi individu yang  selalu makan gula-gula atau gula getah boleh digantikan dengan Shaklee Vitamin C. Shaklee Vitamin C tiada pengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Oleh itu, Shaklee Vitamin C dapat menolong anda mengurangkan pengambilan gula dalam segi pemakanan anda.