Thursday, 12 September 2013

Cara membuat senaman mudah di rumah

Selalu tiada masa bersenam kerana sibuk bekerja?malas? Kita tidak semestinya perlu pergi ke gym atau padang untuk bersenam.

Sini akan memberi cara untuk bersenam di rumah dan kita hanya perlu bersenam selama 30min atau 45min pada setiap hari. Paling baik senaman tersebut dibuat pada waktu pagi ataupun malam 8.00

Perhatian : Senaman tersebut tidak dicadang selepas 10.00 malam kerana senaman tersebut mungkin menyebabkan kesukaran tidur malam.

Sebab : Senaman boleh merangsang metabolism dan meningkatkan suhu badan, mungkin mengganggu tidur.

Cara membuat senaman :

1.) Apungan Kaki/Leg Lift 

  1. Meluruskan kaki anda supaya menunjuk ke arah siling.
  2. Menurunkan kaki anda dengan perlahan sehingga 3 inci dari lantai.
  3. Kembali kaki anda ke siling

-Buat 5-8 kali dan rehat 30 saat
-Ulang sebanyak 3 set

2.) Modified Squad Thrust

  1. Berdiri tegak dan tangan ke arah silign
  2. Rendah tangan anda ke lantai dalam kedudukan tekan tubi
  3. Tanpa berhenti, langkah kaki ke hadapan di kedudukan tangan dan kembali ke kedudukan berdiri.
-Buat 15-20 kali dan rehat 30 saat
-Ulang sebanyak 5 set

3.) Forearm Plank

  1. Buat aksi seperti tekan tubi dan kemudian letakkan tangan anda di atas lantai
  2. Pastikan belakang anda tegak dan menghampiri lantai
  3. Tahan kedudukan tersebut selama 30 saat hingga 60 saat. Rehat sebanyak 30 saat 
-Ulang sebanyak 3 set

4.) Senaman perut berbentuk basikal (Bicycle Exercise)

  1. Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan di belakang telinga
  2. Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan melakukan seperti mengayuh basikal
  3. Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat
  4. Ulang aski tersebut selama 30 - 45 saat. Rehat 30 saat
-Ulang sebanyak 3 set


Perhatian : Pastikan anda tidak tarik leher ke depan supaya mengelakkan kecederaan leher

5.) Walking Lunge
  1. Berdiri dan bergerak ke hadapan, turunkan kaki sehingga 90 darjah
  2. 1 kaki di hadapan, 1 di belakang kemudian kembali ke tempat asal
  3. Tukar ke kaki lain
  4. Ulang aksi tersebut selama 15 - 20 kali. Rehat 30 saat 
-Ulang sebanyak 3 set


Dari senaman 1 ke 4 merupakan teknik efektif senaman kempiskan perut manakala senaman 5 sebagai senaman kaki.

Kita hanya perlu ambil masa buat senaman mudah sebanyak 30 - 45 min setiap hari, boleh mendapat bentuk badan yang diinginkan. 

Jangan malas buat senaman tersebut, hanya memerlukan 45 min anda.

Jika ambil supplemen- Set Pelangsing Badan Shaklee, kesan akan dinampak lebih cepat lagi.

Wednesday, 11 September 2013

Stock Clearance - Vivix

Stock Clearance - Vivix Promosi sehingga stock habis.

Vivix merupakan revolusi terbaru dari Syarikat Shaklee.
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Kegunaan Vivix
- Dapat mencegah cancer
-mengurangkan risiko penyakit jantung
-meningkat sistem imun
-mengurangkan urea asid
-membantu tekanan darah tinggi
-mengawal gula darah (Diabetes) 

Testimoni Vivix

Kalau berminat boleh hubungi saya untuk mendapat maklumat promosi yang lebih lanjut. Anda pasti berpuas hati dengan Harga Promosi Ini.

Tuesday, 10 September 2013

Shaklee Shaker sudah sampai!!!



Berita Baik untuk semua ahli Shaklee. Shaklee shaker yang tunggu lama sudah sampai! Shaker itu bukan sahaja berkualiti baik dan cantik malah air dalam shaker tidak akan tumpah semasa goncang. Selain itu , Shaker tersebut terdapat gelung besi supaya bancur minuman Meal Shake, ESP, Performance atau Cinch lebih mudah larut dan sedap diminum. Setiap Shaker hanya RM10 sahaja. 


Marilah pergi ke Kedai Green Green Organic untuk membeli Shaklee shaker.
Alamat Kedai Green Green Organic : No 10, Persiaran Sultan Abdul Hamid , 05050, Alor Star Kedah.


Kalau ada sebarang pertanyaan boleh contact nombor di bawah


Wednesday, 28 August 2013

Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Dengan Shaklee

Tekanan Darah Tinggi

TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar “PEMBUNUH SENYAP" kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.

Darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heartattack) lemah jantung (heart failure), kegagalan buah pinggang dan buta.
  
  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi)

Apakah tanda-tanda tekanan darah tinggi (hipertensi)?

Kebanyakan orang yang mengalami tekanan darah tinggi tidak akan ada apa-apa tanda atau gejala sehingga tahap tekanan darah mencapai kira-kira 180/110 mmHg.

 Apabila gejala penyakit muncul, mereka biasanya berasa:
  • Sakit kepala - biasanya selama beberapa hari.
  • Loya -  berasa tidak selesa dalam perut.
  • Muntah - kurang biasa daripada sekadar loya.
  • Pening - kegoyangan dan gayat.
  • Penglihatan kabur atau berganda (diplopia).
  • Epistaxis - hidung berdarah.
  • Jatung berdebar-debar - sensasi menyenangkan denyutan yang tidak teratur.
  • Susah bernafas - sesak nafas

Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

 

Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi


Tanpa menggunakan ubatan: 
  • Amalkan permakanan sihat (makan buah-buahan dan sayur-sayuran, beras perang, minyak zaitun, dan omega 3. Jika anda makan daging memastikan lemak dipotong dan mengelakkan daging diproses.)
  • Kurangkan pengambilan garam (maximum 3.75g sehari/ satu camca kecil) dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala (bersenam selama 30 hingga 60 minit lima hari dalam seminggu biasanya akan menurunkan tekanan darah seseorang dengan 4 hingga 9 mmHg.)
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan (kajian telah menunjukkan bahawa mengurang berat badan sebanyak 4 kg- boleh memberi kesan yang besar dalam menurunkan tekanan darah tinggi.)
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok (Merokok boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah)
  • Tak boleh makan snek jeruk (mengandungi garam dan gula yang tinggi)

Informasi tentang tekanan darah tinggi:


                  Shaklee Vita E                         Shaklee  OmegaGuard                 Shaklee  Lecithin

Love Your Heart Set dapat menjaga jantung dan saluran darah anda. Selain itu, Shaklee Omega Guard dan Shaklee Lecithin juga boleh menurun tahap kolesterol dalam badan kita.

Set ini ialah set yang paling best untuk menjaga kesihatan jantung dan tekanan darah.

Omega-3 ikan boleh membantu:
- Rendah tekanan darah
-mengurangkan trigliserida (Lemak)
-Melambatkan pembekulan darah dalam arteri (ketulan darah dalam arteri boleh menyebabkan stroke)
-Mengurangkan peluang denyutan jantung yang tidak normal
-Mengurangkan kemungkinan serangan jantung dan strok






atau

Melawati laman web Sihatcantikharihari



Sunday, 25 August 2013

Cara Mengambil Supplemen Shaklee

Cara Mengambil Supplemen 

Pelbagai orang sentiasa tertanya-tanya tentang cara makan supplemen dan sini akan menerangkan soalan tersebut.


Marilah kita memahami "Supplemen" dahulu. Supplemen bertujuan untuk menyediakan nutrien yang diperlukan kepada kita apabila kita tidak dapat mengambil nutrien yang mencukupi dalam pemakanan kita.

Bagaimana kita tahu quantity vitamin yang diperlukan pada setiap hari?

Gambar atas merupakan "Nurition Facts" dari Cinch Shake Mixed

Apabila kita merujuk kepada "Nutrition Facts", kita perlu lihat pada "%Daily Value""%Daily Value" akan mengambarkan quantity vitamin yang kita diperlukan dalam seharian. Merujuk gambar diatas terdapat Vitamin A 10%, Vitamin C 35%, Calcium 35% dan lain-lain lagi.

Maksudnya kita boleh mendapat nutrisi tersebut kalau kita bancur dengan 50g serbuk Cinch.

Lazimnya, cara makan supplemen akan ditulis dalam botol supplemen. Sebagai contoh, mengambil Vita-Lea 2 biji sehari akan memberi anda kira-kira 70% vitamin yang diperlukan pada setiap hari. 

Biasanya, kita hanya perlu mengikut cara makan yang ditunjuk dalam botol supplemen kerana "%Daily Value" yang diberikan sebanyak 75-100%. Dosage vitamin tersebut memang sudah cukup untuk keperluan harian.

1.) Sesetengah orang akan tanya lagi kalau kita makan supplemen lebih daripada cara makan yang ditunjuk dalam botol supplemen boleh tak? 
Kita tetap boleh mengambil lebih capsul vitamin. Tetapi tak payah mengambil dosage begitu tinggi kerana vitamin/mineral yang berlebihan dikeluarkan dari badan kita. Tambahan lagi, kita akan mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam juga akan memberi vitamin kepada badan kita. Oleh itu, kita tidak perlu overdose dalam mengambil supplemen.

Tapi, kenapa Vitamin C boleh diambil sebanyak 3-5 biji? Badan kita tidak dapat menghasil vitamin C dan vitamin C akan digunakan semasa kita merokok atau melindungi kita dari radikal bebas. Vitamin C perlu diambil sepanjang masa.

2,) Sesetengah orang akan tanya makan supplemen sebelum atau selepas makan?
Kebanyakan supplemen boleh diambil sebelum atau selepas makan, tetapi kadang-kadang mengambil dengan perut kosong menyebabkan ketidakselesaan atau sakit perut. Jika pekara ini berlaku, mengambil supplemen selepas makanan boleh menyelesaikan masalah tersebut. 

3.) Sesetengah orang kata mengambil vitamin tertentu seperti "iron dengan calcium" akan menggangu penyerapan. Betulkah?
Pekara tersebut memang betul, vitamin tertentu dimakan sekali akan menggangu penyerapan kerana atas tindak balas kimia. Oleh itu, mengambil Vita-Lea lebih baik selang dengan Ostematrix untuk mendapat penyerapan yang paling BEST. Selain itu, kaffien yang terdapat dalam kopi juga akan menggangu penyerapan calcium dan vitamin lain. Contoh tersebut hanya salah satu contoh yang akan menggangu penyerapan vitamin dan masih ada banyak contoh lain lagi. Biasanya, penyerapan vitamin/mineral akan diganggu apabila mengambil dosage yang tinggi.



"Family Wellness Set" memberi keluarga anda vitamin yang diperlukan pada setiap hari seperti vitamin A,B1, B3 ,C ,D ,E dan lain-lain lagi. ESP akan memberi sumber protein kepada kita yang dibuat oleh Non-GMO kacang soya. Set ini merupakan set asas untuk membina keluarga anda yang sihat. 



Sunday, 18 August 2013

Obesiti (Malaysia Negara ‘Paling Gemuk’ Di Asia Tenggara)

Berita dari Mstar Online
Malaysia merupakan negara paling gemuk di Asia Tenggara dengan kadar obesiti yang paling tinggi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
“Ini bukan gelaran yang cemerlang. Kita melebihi negara-negara Asean yang lain dan berada tempat keenam di seluruh Asia – membelakangi beberapa negara Timur Tengah,” katanya.
Memetik statistik daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, Liow berkata, 15.1 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas mengalami obesiti pada 2011.
“Ini adalah satu peningkatan 14 peratus daripada demografi yang sama pada tahun 2006,” 
Turut dilaporkan adalah lebih 2.6 juta orang dewasa adalah golongan obes manakala lebih 477,000 kanak-kanak di bawah 18 tahun mempunyai berat badan berlebihan.
Orang yang mengalami obesiti lebih mudah lebih mudah diserang oleh penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, masalah sendi, kanser, sindrom metabolik dan lain-lain lagi




Apakah Obesiti?

Orang yang gemuk telah mengumpul lemak badan yang terlebih sehingga ia mungkin membawa kesan negatif ke atas kesihatan mereka. Jika berat badan seseorang adalah sekurang-kurangnya 20% lebih tinggi daripada yang sepatutnya, dia dianggap gemuk. Jika Body Mass Index anda (BMI) adalah di antara 25 dan 29,9 anda dianggap lebih berat badan. Jika BMI anda adalah 30 atau lebih anda dianggap obese.


Apakah Punca Obesiti?

a) Genetik dan Keturunan

Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti.

b) Sebab persekitaran

Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

c) Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti

d) Sebab psikologi

Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e) Masalah metabolisme


Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.

Apakah Body Mass Index (BMI)?

BMI merupakan pengukuran statistik yang diperoleh daripada ketinggian dan berat badan anda. Walaupun ia dianggap sebagai cara yang berguna untuk menganggarkan berat badan yang sihat, ia tidak mengukur peratusan lemak dalam badan. Ukuran BMI kadang-kadang boleh mengelirukan - a muscleman mungkin mempunyai BMI yang tinggi tetapi mempunyai kurang lemak daripada orang biasa. Namun, pada umumnya, ukuran BMI boleh menjadi petunjuk berguna untuk 'orang biasa' itu.



Powered by BMI Calculator

Akibat dan Risiko Kesihatan
Obesiti amat dibimbangkan kerana implikasinya terhadap kesihatan seseorang individu merupakan peningkatkan risiko pelbagai penyakit dan keadaan kesihatan termasuk: -

-Penyakit jantung koronari
-Diabetes jenis 2
Kanser (endometrium, payudara, dan kolon)
-Hipertensi (tekanan darah tinggi)
-strok
-Hati dan Penyakit Pundi hempedu
-pernafasan masalah
-Osteoartritis (kemerosotan tulang rawan dan tulang dasarnya dalam sendi)
dan masalah Sakit Puan (haid tidak normal, kemandulan).

Keadaan diatas boleh menyumbang kepada kematian atau masalah pengerakan.


Sekarang, masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Sebab yang menyumbang kepada masalah ini adalah dari segi pemakanan mereka seperti minuman ringan (coca-cola, pepsi), makanan ringan dan makanan yang berminyak (ayam KFC). Makanan tersebut menyumbangkan gula dan kalori yang berlebihan dan boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.

Cara mengatasi masalah kanak-kanak obesiti :
a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu.


b) Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah. 

c) Kurangkan menonton TV

d) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain

e) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.


f) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum

g) Ibu bapa perlu memberi pendidikan/panduan dari segi pemilihan makanan yang sihat ketika kanak-kanak berada di luar

h)Pujian/dorongan perlu diberikan untuk menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan proses pengurangan berat badan. (kanak-kanak obesiti selalu disindir oleh kawan-kawan mereka sehingga kehilangan keyakinan diri)




Set Pelangsing Badan Shaklee boleh menolong anda mengurangkan berat badan