Walaupun terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi dari pemakanan vitamin, mineral dan antioksidan yang berterusan, kita mesti memahami bahawa makanan nutrisi tambahan tidak dcipta untuk mengubati, merawat atau membuat diagnosis terhadap penyakit.
Walaupun terdapat banyak laporan mengenai keberkesanan sesebuah produk makanan nutrisi, produk-produk seperti ini tidak boleh dipasarkan sebagai boleh melambatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seorang pesakit. Produk makanan nutrisi tambahan dicipta dan direka sebagai penyelenggaraan fungsi-fungsi tubuh badan seperti jantung, perut, prostat, otak, saraf dan kesihatan umum.
Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan mineral serta antioksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti membran, protein, lipid, DNA, kolagen dan kolesterol dari kerosakan oksidatif (oxidative damage). Ia membantu dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum.
Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan optimum, begitu juga dengan organ dan sistem tubuh. Kesannya, seluruh badan akan berfungsi sepertimana sepatutnya dan kesihatan boleh dikekalkan lebih baik daripada tanpa mengambil makanan nutrisi tambahan.
Dengan memulakan sebuah program makanan nutrisi tambahan yang berspektrum lengkap dengan multivitamin, mineral dan antioksidan berkualiti tinggi pada tahap optimum, seseorang boleh menyedari akan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau kemungkinan tiada langsung.
Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi dengan penggunaan makanan nutrisi tambahan ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka.
Akan tetapi, terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan makanan nutrisi tambahan ini. Bagaimana kita hendak menjelaskan perkara ini kepada mereka? Kepada orang-orang seperti ini, harus diingat bahawa seseorang itu mungkin tidak merasai apa-apa perbezaan dari pembaikpulihan pada tahap mikroskopik seperti perlindungan kepada sel dan DNA dari tekanan oksidatif.
Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, makanan nutrisi tambahan telah terbukti secara saintifik menjalankan tugasnya. Selagi mana makanan nutrisi tambahan ini diambil setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan merasai juga faedah pengambilannya akhirnya.
Nota: Semoga artikel ini dapat membuka hati dan minda anda
No comments:
Post a Comment