Supplement Boleh Jadi Gemuk?
“Makan supplement boleh jadi gemuk”
“Ambil supplement semasa hamil boleh buatkan baby besar”
Penyataan2 di atas antara penyebab kebanyakan orang takut untuk mengambil supplement. Terutama B Complex yang dikatakan membuka selera, menjadikan seseorang itu kuat makan, sekaligus menggemukkan.
Saya mula mengambil supplement semasa di universiti. Tujuan saya mengambil supplement masa tu adalah untuk mengelakkan tertidur dalam kuliah (saya sering tidur dalam kelas semasa sekolah menengah) dan untuk mengatasi masalah rambut saya yang sering gugur.
Semasa saya mula2 masuk universiti, berat saya 50kg++. Tahun kedua, berat saya jadi 48kg. Tahun ketiga, 45kg. Hinggalah teman-teman baik saya menegur saya kelihatan amat kurus macam tinggal rangka, maka saya naikkan sedikit menjadi 47kg. Masa ni saya cuba pakai seluar semasa tahun 1 dulu, macam boleh muat 2 orang saya di dalamnya
Semasa berkahwin, berat saya 47kg, dan bila hamil pun, di awal kehamilan berat saya 47kg, dan di akhir kehamilan berat saya 55kg. Seminggu selepas anak saya lahir, berat saya mencatat 48kg. Saya tidak mengambil tahu soal berat badan selepas itu, sehinggalah selepas anak kedua saya lahir, berat saya dalam lingkungan 43-45kg.
Saya makan banyak (memang jenis makan banyak dari dulu), malah sebelum saya hamil anak ketiga, saya makan 3 pinggan. Semasa trimester pertama dan kedua, untuk sarapan saja saya perlukan 3 jenis hidangan (3 jenis makanan berat seperti nasi lemak, mi/bihun dan roti). Tidak termasuk kudap2 dan coklat. Hingga sekarang, usia kandungan 32 minggu, kawan2 masih menegur “Tengok dari belakang tak macam mengandung pun”.
Jadi, berdasarkan pengalaman saya sendiri, pengambilan supplement tidak menjadikan seseorang itu gemuk. Malah mungkin menjadi lebih kurus kerana B-Complex tugasnya membakar makanan, menukarkannya kepada tenaga dan menstabilkan metabolisma.
Mungkin saya kurus kerana menyusukan anak, namun semasa mengandung badan saya tak banyak berubah walaupun makan banyak. Bayi saya juga lahir dengan berat badan yang biasa (tidak terlalu besar), iaitu 3.3kg. Biasanya bayi besar disebabkan oleh ibunya menghidap diabetes semasa hamil. Pengambilan B-Complex amat penting untuk mengelakkan diabetes. (Diabetes disebabkan tubuh kehilangan upaya untuk menukarkan makanan kepada tenaga, lalu ia tersimpan dalam badan sebagai gula).
Oleh yang demikian, tidak perlu ragu2 untuk mengambil supplement kerana takut gemuk. Mungkin kesannya lain jika anda mengambil supplement sintetik. Oleh itu ambillah supplement semulajadi Shaklee bagi mendapatkan khasiat dari sumber yang betul.
No comments:
Post a Comment