Saturday, 4 January 2014

Get Clean® Water

Kalau saya tak silap, Get Clean® Water dilancarkan pada tahun 2010. Pada waktu yang sama, I telah ditawarkan ke University Sains Malaysia untuk kursus Sarjana Muda Pengurusan Binaan. 

Di situ memang payah untuk mendapat bekalan air minuman kerana asrama saya tiada memasang Penapis Air Coway. Untuk mendapat bekalan air minuman, I terpaksa mengambil balang air pergi ke kanteen untuk membeli air seliter - 20 sen. Kalau nak dapat bekalan air minuman yang percuma dengan Penapis Air Coway, I terpaksa berjalan ke tempat yang lebih jauh pula (Fakulty Komputer Sains). Setiap hari berulang kali mengisi air penuh sebanyak 3 liter angkat ke tingkat 4.
Kerja ni bukan sahaja penat (Mengangkat air yg berat 3kg naik tangga ke bilik) macam buat exercise je dan bazir masa lagi. Bagi sesetengah kawan yg lebih "pandai" akan mai tumpang Air Minuman yagn diisi dalam balang air. Kalau seperti biasa, memang tiada masalah jika tiap-tiap hari isi air dan angkat ke bilik.

Cuma saya akan menghadapi masalah ketika demam. Untuk melegakan demam, Vitamin-C dan air merupakan elemen yang paling penting untuk menyembuhkan. Tapi, asrama saya memang sukar untuk mendapat bekalan air minuman.

Nasib baik Get Clean® Water dapat menolong saya menangani masalah ini. Saya cuma perlu pergi ke Pantry untuk isi air dari air paip. Semua air tu tuang dalam Get Clean® Water. Kalau nak berbanding perbezaan  Penapis Air Coway dan Get Clean® Water, air dari Penapis Air Coway ada sikit bau yang macam klorin manakala  Get Clean® Water tiada bau langsung. Walauagaimanapun, air minuman dari Penapis Air Coway memang tiada masalah, cuma ada sikit bau.

Dalam penerangran Get Clean® Water, kita dapat melihat report makmal kata ia dapat menapis pelbagai bahan kimia dan kotoran sebanyak 80%-95%. Pada masa tu, I pun berasa teragu-ragu tentang Get Clean® Water Pictcher yg kecil ni. I pun berfikir jika  Get Clean® Water Pictcher yg kecil ni dapat menapis pelbagai bahan kimia dan kotoran. Kalau saya tuang Air Milo, Nescafe, Teh, Kopi-O sepatutnya akan ditapis dengan elok.

Untuk mendapat keputusan tentang paradox ni, I menjalankan eksperimen dengan tuang Kopi-O ke dalam. Keputusannya memang menakjubkan, Kopi-O tuang masuk dan air jernih dikeluarkan dari bawah. I baru sedar bahawa saya telah memandang rendah tentang Get Clean® Water.

Perhatian : Jangan menggunakan Filter Baru untuk eksperimen ni kerana Filter akan tersumbat/ mengurangkan jangka hayat Filter

Secara Kesimpulannya, Manfaat Get Clean® Water :
  1. Mudah alih (Portable) - dapat dibawa ke mana-mana saja
  2. Memang POWER - Kopi-O pun dapat ditapis
  3. Murah - seliter air hanya 13 sen 
  4. Mudah dipasang
  5. Mesra Alam - Filter dibuat dari Fibre Kelapa
Get Clean® Water memang best sama ada untuk Pelajar University, Melancong atau Penggunaan Rumah. 

No comments:

Post a Comment