Monday, 16 June 2014

Mengatasi masalah HB rendah (Hemoglobin rendah)



Besi adalah mineral yang diperlukan untuk fungsi badan dan kesihatan yang baik. Ia ialah sumber asas untuk badan menghasilkan darah (Hemoglobin). Tetapi kekurangan zat besi dalam darah boleh menyebabkan anemia, terutamanya ialah kanak-kanak yang suka memilih makan ataupun wanita hamil.

Lazimnya, anemia sukar dikesan bagi majority atas simptomnya kabur. Impak kepada kehidupan harian serta pembelajaran kanak-kanak.



Jumlah Hb yang normal ialah:

• Antara 14g/dL hingga 18 g/dL untuk lelaki
• Antara 12g/dL hingga 14 g/dL untuk wanita

Jika jumlah Hb anda lebih rendah daripada yang normal, maksudnya anda mengalami masalah anemia.

Bagi seseorang dengan hemoglobin yang rendah mungkin mempunyai tanda-tanda berikut:



  1. keletihan 
  2. Sesak nafas 
  3. Sakit kepala 
  4. Debaran jantung yang cepat 
  5. Kulit pucat dan / atau gusi pucat 
  6. pening
Vitamin yang diperlukan oleh Anemia ialah :


1.) Besi
Jika anda makan daging atau hati serta udang adalah makanan kaya dengan zat besi yang banyak.
Jika anda adalah seorang vegetarian pula, anda perlu mendapatkan zat besi dari sumber yang tidak mudah diserap atas fibre sayur akan menghalang penyerapan zat besi. Antara sumber-sumber ini adalah bayam, tauhu, asparagus, nanas, buah-buahan kering dan roti diperkaya dengan zat besi dan bijirin.






2.) Asid folik 
Asid folik adalah salah satu vitamin B yang penting dalam menghasilkan sel-sel darah merah. Asid folik terdapat dalam pucuk, biji, kacang, brokoli, germa gandum, dan kacang lain. Tetapi, Asid folik dalam makanan ialah boleh dimusnahkan oleh haba ataupun penyimpanan. Oleh itu, cara yang lebih baik untuk mendapat asid folik ialah dapat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang mentah.




3.) Vitamin C
Vitamin C membantu badan anda untuk menyerap zat besi. Anda boleh mendapatkan vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk lada, mangga, oren, strawberi, kubis, brokoli, limau gedang, limau, tomato, dan bayam.

No comments:

Post a Comment