Thursday 12 September 2013

Cara membuat senaman mudah di rumah

Selalu tiada masa bersenam kerana sibuk bekerja?malas? Kita tidak semestinya perlu pergi ke gym atau padang untuk bersenam.

Sini akan memberi cara untuk bersenam di rumah dan kita hanya perlu bersenam selama 30min atau 45min pada setiap hari. Paling baik senaman tersebut dibuat pada waktu pagi ataupun malam 8.00

Perhatian : Senaman tersebut tidak dicadang selepas 10.00 malam kerana senaman tersebut mungkin menyebabkan kesukaran tidur malam.

Sebab : Senaman boleh merangsang metabolism dan meningkatkan suhu badan, mungkin mengganggu tidur.

Cara membuat senaman :

1.) Apungan Kaki/Leg Lift 

  1. Meluruskan kaki anda supaya menunjuk ke arah siling.
  2. Menurunkan kaki anda dengan perlahan sehingga 3 inci dari lantai.
  3. Kembali kaki anda ke siling

-Buat 5-8 kali dan rehat 30 saat
-Ulang sebanyak 3 set

2.) Modified Squad Thrust

  1. Berdiri tegak dan tangan ke arah silign
  2. Rendah tangan anda ke lantai dalam kedudukan tekan tubi
  3. Tanpa berhenti, langkah kaki ke hadapan di kedudukan tangan dan kembali ke kedudukan berdiri.
-Buat 15-20 kali dan rehat 30 saat
-Ulang sebanyak 5 set

3.) Forearm Plank

  1. Buat aksi seperti tekan tubi dan kemudian letakkan tangan anda di atas lantai
  2. Pastikan belakang anda tegak dan menghampiri lantai
  3. Tahan kedudukan tersebut selama 30 saat hingga 60 saat. Rehat sebanyak 30 saat 
-Ulang sebanyak 3 set

4.) Senaman perut berbentuk basikal (Bicycle Exercise)

  1. Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan di belakang telinga
  2. Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan melakukan seperti mengayuh basikal
  3. Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat
  4. Ulang aski tersebut selama 30 - 45 saat. Rehat 30 saat
-Ulang sebanyak 3 set


Perhatian : Pastikan anda tidak tarik leher ke depan supaya mengelakkan kecederaan leher

5.) Walking Lunge
  1. Berdiri dan bergerak ke hadapan, turunkan kaki sehingga 90 darjah
  2. 1 kaki di hadapan, 1 di belakang kemudian kembali ke tempat asal
  3. Tukar ke kaki lain
  4. Ulang aksi tersebut selama 15 - 20 kali. Rehat 30 saat 
-Ulang sebanyak 3 set


Dari senaman 1 ke 4 merupakan teknik efektif senaman kempiskan perut manakala senaman 5 sebagai senaman kaki.

Kita hanya perlu ambil masa buat senaman mudah sebanyak 30 - 45 min setiap hari, boleh mendapat bentuk badan yang diinginkan. 

Jangan malas buat senaman tersebut, hanya memerlukan 45 min anda.

Jika ambil supplemen- Set Pelangsing Badan Shaklee, kesan akan dinampak lebih cepat lagi.

No comments:

Post a Comment