Monday, 23 September 2013

Keburukan Yoyo Diet

Pernahkan anda mengalami yoyo diet? Diet dengan mengawal selera makan ataupun mengambil sesetengah produk sebagai gantian makanan. Memang tidak boleh dinafikan bahawa anda akan kurus selepas 1 bulan. Tetapi selepas menyambung balik pemakanan biasa, anda akan kembali kepada bentuk badan asal.
Fenomena itu merupakan yoyo diet.
Dalam segi pemakanan kita perlu mengikut piramid makanan :
Kalau mengambil produk gantian makanan (produk minuman / Pil) yang mempunyai komposisi zat makanan (label pemakanan) seperti piramid makanan - (Karbohidrat, Fiber/Serat, Vitamin asas seperti A, B, C, D, E, Protein, mineral dan lain-lain), yoyo diet tidak akan berlaku selepas anda menyambung balik pemakanan biasa. Lazimnya, produk gantian makanan tiada mengandungi serat dan karbohydrat yang mencukupi dan ini akan menyebabkan kelaparan dalam masa yang singkat.

Mengawal selera makanan/ mengambil produk gantian makanan akan melibatkan kekurangan makan seperti biasa (terutamanya orang yang makan nasi 2/3 pinggan dalam setiap hidangan) akan menyebabkan pengurangan pengambilan kalori harian anda. Apabila badan anda kekurangan kalori yang diperlukan untuk tenaga, ia menyesuaikan diri dengan perubahan dengan melambatkan metabolisma anda. Metabolisme adalah proses di mana badan anda membakar makanan untuk menghasilkan tenaga. Kalau metabolisme perlahan bermakna lebih cenderung untuk pertambahan berat badan. Selain itu, kekurangan karbohydrat dalam pemakanan akan menyebabkan kelaparan. Oleh itu, ramai orang yang menggunakan diet tersebut menghadapi kesukaran atas  selalu mengalami kelaparan.

Apabila badan mengalami kekurangan pengambilan kalori, ia bermula tindak balas dalam keadaan kebuluran, satu mekanisme pertahanan yang bertujuan untuk menyimpan lemak dengan menggunakan/ membakar tisu otot untuk mendapat tenaga. Oleh itu, mengurangan otot akan menyumbang kepada metabolisme perlahan.

Tetapi ramai orang silap bahawa selepas menggunakan diet tersebut dan amat puas hati semasa melihat berat badan banyak berturun. Kisah benar tentang berat badan turun itu adalah pengurangan otot badan. Ini merupakan cara pelangsingan badan yang silap. 

Apabila mengembalikan pemakanan seperti biasa, metabolisme badan kembali normal dan berat badan akan kembali balik kerana badan akan membina balik otot badan yang dibakar. Akibatnya, pertambahan berat badan balik akan menyebabkan anda lebih sukar dalam mengurangkan berat badan pada masa yang akan datang.

Cara pelangsingan badan dengan cara yang betul ialah :
1.) Mengurangkan pengambilan kalori dengan kadar yang perlahan
2.) Mesti mengambil sarapan tiap-tiap hari
3.) Mensasarkan matlamat penurunan berat badan yang realistik (kurang 1-3kg dalam satu bulan / bukan 3-5kg dalam 2minggu)

Cara pelangsingan badan yang betul adalah mengekalkan otot badan dan buang lemak yang berlebihan.

Set Pelangsingan Badan Shaklee dan bersenam secara konsistent untuk mendapat bentuk badan yang diinginkan



No comments:

Post a Comment