Sunday, 24 November 2013

Keburukan Makan Mee Segera

Slurp!! Slurp!! Slurp!! Mee Segera sedap dimakan dan disukai oleh semua golongan termasuklah kanak-kanak. Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak.Selain itu, mee segera ini boleh pula dipelbagaikan untuk hidangan seperti boleh dimasak dengan cara menggoreng, merebus, dimasukkan ke dalam sup atau kari.

Sebenarnya Mee Segera amat buruk untuk kesihatan terutamannya ia terdapat 136 bahan penambah -bahan kimia. Di samping itu, Mee Segera mengandungi paras garam yang tinggi. Punca utamanya datang dari packet perisanya. Garam yang terlampau tinggi dapat menyebabkan tekanan darah tinggi. 

Selain itu, Mee Segera mengandungi kandungan wax yang sangat tinggi. Jika kita melihat dengan teliti semasa memasak mee segera. kita akan mendapati air rebus akan terjadi Buih. Inilah disebabkan oleh wax yang terdapat di mee segera. Tambahan lagi, kita menggunakan air rebus menjadi soup mee segera. Selepas habiskan mee, lazimnya kita akan minum soup yang sedap tu. Alamak, semua wax tu akan diminum ke dalam perut tanpa kita tahu.

10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera

Kalsium Sulfat : Kapur Paris.

Asid Tartarik : Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida : Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ) : Produk berasaskan petroleum iaitu satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate : Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate : Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
"-Bahan kimia tersebut membolehkan texture Mee lebih licin dan sedap dimakan."

Propylene Glycol : Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane : Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
"-Bahan kimia itu akan memberikan kelihatan Mee Segera yang bersih dengan warna kuning pudar"

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine) : Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.

Perbandingan penghadaman Mee Segera dengan Mee Tepung dalam Badan

Selepas 1 minit dalam badan kita
Mee Tepung sudah hancur, Mee segera masih bentuk yang sama

Selepas 20 minit dalam badan kita

Selepas 2 jam dalam badan kita
Mee Segera masih tidak dapat dihadam dengan sepenuhnya.


Punca utamanya ialah Mee Segera ditambah dengan pelbagai bahan kimia akibatnya Mee tersebut tidak dapat dihadam dalam perut kita. Oleh itu, kita akan berasa kenyang selepas makan 1 packet Mee. Banyak artikel kata bahawa Mee Segera langsung tiada khasiat kerana Mee Segera tidak dapat diprocess dalam perut.

Tambahan pula, majalah mengatakan bahawa pek minyak dan sos perisa yang boleh dimakan yang terdapat dalam produk mi segera mungkin mengandungi logam berat termasuk tembaga, plumbum, arsenik dan merkuri.

Plumbum akan memberi impak yang buruk kepada 2 golongan terutamanya Wanita Hamil & Kanak-kanak. Plumbum akan meningkatkan risiko pengugguran wanita hamil. Golongan kanak-kanak pula, plumbum akan merosakkan tumbesaran otak. Plumbum boleh merosakkan sistem saraf otak kanak-kanak dan menyebabkan mengalami kesusahan dalam pembelajaran.

Untuk memastikan generasi akan datang yang lebih sihat, kita harus mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat 

No comments:

Post a Comment